SMK Segambut Jaya dilahirkan dengan tradisi mendidik pelajar-pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dari sudut sejarah, SMK Segambut Jaya ditubuhkan pada 04 Disember 1995 dengan menumpang dipremis SRK Segambut Jaya sehingga 30 Mei 1997. SMK Segambut Jaya mempunyai keluasan tanah berukuran 9.6 ekar. Ia terletak di Lembah Segambut, 6 kilometer dari pusat Bandar Kuala Lumpur. Sekolah ini mempunyai 4 blok, 36 buah kelas, 6 buah makmal, 2 bilik senilukis, 2 buah bilik guru, sebuah perpustakaan, bilik computer, bilik kebal, bilik pengawas, kantin dan satu blok tingkat bawah untuk Kemahiran Hidup.
Sekolah ini mula beroperasi dibawah pimpinan Pn Fitriah Bt Yusof sebagai pengetua pertama dengan dibantu oleh 11 orang kakitangan akademik dan 2 orang kakitangan bukan akademik. Bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun pertama adalah seramai 231 orang. Tujuh kelas telah diwujudkan dengan dua Kelas Peralihan dan lima kelas Tingkatan Satu.
No comments:
Post a Comment