Assalamulaikum w.w. dan selamat sejahtera.
Seperti yang kita ketahui, dunia hari ini sedang mengarah kepada "high-tech and information intensive development". Ia merupakan satu gelombang berkonsepkan dasar langit terbuka atau "borderless world" . Seterusnya berlakulah ledakan maklumat dan pertembungan budaya yang hebat.
Bersesuaian dengan kemajuan dunia maklumat tersebut, kelahiran laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya adalah amat dialu-alukan. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya, laman web ini dapat dilancarkan.
Ini bermakna sekolah ini dapat dikenali dan dilawati di alam siber dalam aspek sejarah, budaya sekolah, informasi statistik dan kemanusiaan, keunikannya dan perkembangan terkini. Apa yang diharapkan ialah wadah pendidikan ini dapat diperkayakan dari masa ke masa melalui perkongsian maklumat dan pengetahuan daripada semua pihak.
Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Pengetua
SMK Segambut Jaya
Kuala Lumpur.